Kepimpinan Instruksional


Kajian-kajian pendidikan telah membuktikan bahawa elemen terpenting yang akan menentukan sama ada seseorang pemimpin sekolah dikategorikan sebagai efektif atau sebaliknya diukur kepada kemampuan mereka melaksanakan tugas sebagai pemimpin instruksional (Buckner, 2011; Fullan, 2002; Leithwood & Levin, 2010; Hallinger, 2008, 2011; Ishak, 2004).

Dengan kata lain, guru besar yang efektif dan berupaya membawa kejayaan kepada sesebuah sekolah mesti memberi fokus utama untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu pengajaran di bilik darjah ke tahap yang maksimum (Christie, 2000; Fullan, Hill, & Crevola, 2006; Glickman, Gordon & Ross-Gordon, 2004; Horng & Loeb, 2010).

Kajian perbandingan antara sekolah berkesan dan sekolah tidak berkesan mendapati pemimpin di sekolah berkesan mengamalkan kepemimpinan instruksional yang  lebih nyata berbanding sekolah kurang berkesan (Marzano et al., 2005; Nor Asikin, 2009).

Antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh guru besar ialah fokus terhadap usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru secara berterusan (Blase & Blase, 2000; Glanz, 2006; Glickman, 2002; Horng& Loeb, 2010), bukan hanya memberi penumpuan terhadap tugas-tugas pentadbiran sekolah yang rutin sahaja (Glickman, Gordon, & Ross-Gordon, 2005; Packard, 2011).

Hallinger dan Murphy (1985, 1987) telah mengkonsepsikan kepemimpinan instruksional sebagai tingkah laku dan tindakan-tindakan guru besar yang meliputi merangka matlamat sekolah, memantau pengajaran guru, menyelaras kurikulum, mengawas kemajuan murid, mengawal masa pengajaran, menggalakkan perkembangan profesional guru, sentiasa kelihatan dalam kawasan sekolah, menyediakan ganjaran untuk guru dan menyediakan insentif untuk murid.

Berikut adalah kaji selidik untuk dijadikan profil kepimpinan instruksional dalam kalangan guru besar di negeri Perlis. [SINI


12 CIRI GURU BERKESAN


Berikut adalah 12 ciri-ciri guru berkesan. Anda boleh menilai keberkesanan diri sebagai seorang guru dengan meletakkan skala pada rajah di atas.
Setiap ciri diberi skala dari 1 – 10, dengan 10 adalah yang tertinggi dalam skala berkenaan. 
Fikirkan amalan pengajaran anda sendiri dan taksir diri anda sendiri dari skala 1 – 10. 
Tujuan tugasan ini adalah untuk membantu anda menjadi lebih reflektif tentang amalan pengajaran.

Ciri-ciri PLC


Perkongsian nilai dan visi – sekolah yang mempunyai PLC melibatkan semua warga dalam membina visi, dan menjadikan visi tersebut sebagai panduan dalam membuat keputusan terutama dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

Perkongsian kepimpinan – kepimpinan dan keputusan dibuat bersama dengan warga sekolah. Pengetua/Guru Besar sekolah tidak lagi dianggap sebagai seorang arkitek yang mereka bentuk pelan sekolah. Guru-guru diberi kebebasan untuk membuat perubahan dan keputusan tetapi di bawah batasan dan kuasa yang dimiliki. Keputusan bersama menyebabkan rasa kesepunyaan kepada keputusan dan tindakan yang dibuat, yang akhirnya meningkatkan

Perkongsian kreativiti – setiap warga berusaha meningkatkan kapasiti peribadi melalui perbincangan dan dailog bersama rakan guru yang lain. Perbincangan dan dailog membawa kepada penemuan baru yang dikongsi bersama.

Perkongsian amalan terbaik – PLC mengamalkan budaya kolaborasi yang tinggi, hormat menghormati serta bersikap terbuka kepada kritikan rakan. Pengajaran guru terbuka kepada rakan yang lain untuk dilihat dan dikongsi bersama.

Struktur yang menyokong – struktur yang menyokong dilihat daripada sokongan daripada struktur fizikal dan hubungan kemanusiaan yang menyokong kepada pembentukan dan pembudayaan PLC. Struktur fizikal termasuk struktur bangunan, masa, struktur komunikasi, kuasa autonomi dan pengagihkan kuasa. Sebagai contoh, struktur fizikal bangunan yang besar menyukarkan guru-guru berjumpa manakala masa pula, sekiranya tiada perancangan yang rapi untuk pertemuan guru dan perbincangan dilakukan akan menghalang untuk pembentukan PLC.

Hubungan kemanusiaan pula dilihat kepada sikap dan kesediaan warga sekolah menerima kritikan, memberi bantuan dan berkongsi bahan dan modul pengajaran. Hubungan yang renggang dan lebih suka kepada pengajaran secara solo menyukarkan pelaksanaan PLC.

Sumber - e-Majalah Jabatan Pendidikan Negeri Johor (Bil.6 /JPNJ Dis.2013)

Panduan Penandaarasan



Penandaarasan adalah satu proses penambahbaikan di mana sesebuah organisasi membandingkan prestasinya dengan organisasi yang terbaik dalam kelasnya, menentukan bagaimana organisasi berkenaan mencapai tahap prestasi mereka, dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan prestasi sendiri: subjek yang boleh ditanda aras merangkumi strategi, produk / program / perkhidmatan, operasi, proses dan prosedur. (Pinellas County Schools, 1994, ms.2)

Metodologi Penandaarasan Menjawab Soalan Berikut:
Apakah yang anda lakukan?
Apakah yang mereka lakukan?
Bagaimanakah anda melakukannya?
Bagaimanakah mereka melakukannya?
Bagaimanakah baiknya anda melakukannya?
Bagaimanakah baiknya mereka melakukannya?
Mengapakah kita mendapat keputusan kita?
Mengapa mereka mendapat keputusan mereka? (Apakah keadaan dan pemboleh?)


Proses Penandaarasan Terdiri Daripada Komponen Berikut:
  1. Rancang kajian anda: Kenal pasti apakah yang ingin dibuat penandaarasan dan pilih pasukan anda (jika perlu).
  2. Kaji dan dokumen amalan anda sendiri, masalah dan ukuran kejayaan.
  3. Kenal pasti amalan terbaik dan jalinkan rakan kongsi penandaarasan anda.
  4. Bangunkan soal selidik dan proses kajian dan dokumen amalan terbaik rakan kongsi anda.
  5. Analisis maklumat: jurang antara anda dan rakan kongsi anda, pengupaya, idea terbaik untuk ditimbulkan daripada kajian.
  6. Membangunkan cadangan bagi menyesuaikan pembelajaran dengan sekolah anda dan sampaikan dapatan anda secara meluas.
  7. Melaksanakan cadangan dan memantau kemajuan
(Sue Tucker, 1996)

Di manakah kita berada?


Rajah di atas digunakan untuk menentukan dalam kumpulan manakah kita berada berdasarkan prestasi semasa dalam menjalankan tugas sebagai seorang pendidik.

Kumpulan 1: Jika kita mempunyai motivasi/kesediaan dan keinginan yang tinggI tetapi mempunyai keupayaan yang rendah dalam melaksanakan tugas, kepimpinan sekolah perlu menjadi seorang pemudahcara/melatih atau pun sebagai seorang mentor bagi membantu kita kembali berfungsi dengan penuh komitmen.

Kumpulan 2: Seorang yang berkeupayaan tinggi untuk menjalankan tugasnya tetapi mempunyai motivasi/kesediaan dan keinginan yang rendah maka kepimpinan sekolah perlu memberi kaunseling.

Kumpulan 3: Mereka yang berada dalam kumpulan ini, kepimpinan sekolah terpaksa menggunakan kaedah arahan untuk membolehkan sesuatu tugas dilaksanakan.

Kumpulan 4: Kepimpinan sekolah bertindak sebagai "coach" bagi para guru yang berada pada motivasi/kesediaan dan keinginan yang tinggi dan para guru kumpulan ini juga terdiri daripada mereka berkeupayaan tinggi yang mempunyai kemampuan untuk melaksanakan sesuatu tugas,