Data yang di"copy" atau dimuat turun secara langsung daripada sebarang laman web selalunya dalam format csv. Apabila kita cuba untuk formulakan data ini kita gagal seolah-olah cell tidak aktif, contohnya apabila data markah pelajar dimuat turun dari Sistem SAPS dan cuba dimanipulasikan untuk tujuan tertentu.
Hal ini terjadi kerana terdapat ruang di hadapan setiap data/markah yang menghalang formula yang dibuat gagal untuk berfungsi. Cara paling mudah untuk edit leading space ialah dengan menggunakan Tool ASAP Utilities yang boleh di download di asap-utilities.com
Setelah di install, akan wujud menu Asap Utilities di ribbon.
Markah pelajar yang hendak diauto sumkan tidak berfungsi
Langkah pertama, kita perlu "highlight"kan range markah pelajar. Seterusnya klik menu Asap Utilities > klik text > pilih pilihan ke-11. (delete leading,trailing and excessive space)
Dalam tempoh beberapa saat proses untuk nyahkan "leading space" selesai, setelah selesai proses tersebut cell untuk kita auto sumkan markah pelajar dapat berfungsi. Selamat mencuba.