Perkongsian nilai dan visi – sekolah yang mempunyai PLC melibatkan semua warga dalam membina visi, dan menjadikan visi tersebut sebagai panduan dalam membuat keputusan terutama dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.
Perkongsian kepimpinan – kepimpinan dan keputusan dibuat bersama dengan warga sekolah. Pengetua/Guru Besar sekolah tidak lagi dianggap sebagai seorang arkitek yang mereka bentuk pelan sekolah. Guru-guru diberi kebebasan untuk membuat perubahan dan keputusan tetapi di bawah batasan dan kuasa yang dimiliki. Keputusan bersama menyebabkan rasa kesepunyaan kepada keputusan dan tindakan yang dibuat, yang akhirnya meningkatkan
Perkongsian kreativiti – setiap warga berusaha meningkatkan kapasiti peribadi melalui perbincangan dan dailog bersama rakan guru yang lain. Perbincangan dan dailog membawa kepada penemuan baru yang dikongsi bersama.
Perkongsian amalan terbaik – PLC mengamalkan budaya kolaborasi yang tinggi, hormat menghormati serta bersikap terbuka kepada kritikan rakan. Pengajaran guru terbuka kepada rakan yang lain untuk dilihat dan dikongsi bersama.
Struktur yang menyokong – struktur yang menyokong dilihat daripada sokongan daripada struktur fizikal dan hubungan kemanusiaan yang menyokong kepada pembentukan dan pembudayaan PLC. Struktur fizikal termasuk struktur bangunan, masa, struktur komunikasi, kuasa autonomi dan pengagihkan kuasa. Sebagai contoh, struktur fizikal bangunan yang besar menyukarkan guru-guru berjumpa manakala masa pula, sekiranya tiada perancangan yang rapi untuk pertemuan guru dan perbincangan dilakukan akan menghalang untuk pembentukan PLC.
Hubungan kemanusiaan pula dilihat kepada sikap dan kesediaan warga sekolah menerima kritikan, memberi bantuan dan berkongsi bahan dan modul pengajaran. Hubungan yang renggang dan lebih suka kepada pengajaran secara solo menyukarkan pelaksanaan PLC.
Sumber - e-Majalah Jabatan Pendidikan Negeri Johor (Bil.6 /JPNJ Dis.2013)