Penandaarasan adalah satu proses penambahbaikan di mana sesebuah organisasi membandingkan prestasinya dengan organisasi yang terbaik dalam kelasnya, menentukan bagaimana organisasi berkenaan mencapai tahap prestasi mereka, dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan prestasi sendiri: subjek yang boleh ditanda aras merangkumi strategi, produk / program / perkhidmatan, operasi, proses dan prosedur. (Pinellas County Schools, 1994, ms.2)
Metodologi Penandaarasan
Menjawab Soalan Berikut:
|
|
Apakah yang anda lakukan?
|
Apakah yang mereka lakukan?
|
Bagaimanakah anda melakukannya?
|
Bagaimanakah mereka melakukannya?
|
Bagaimanakah baiknya anda melakukannya?
|
Bagaimanakah baiknya mereka melakukannya?
|
Mengapakah kita mendapat keputusan kita?
|
Mengapa mereka mendapat keputusan mereka? (Apakah keadaan dan pemboleh?)
|
Proses Penandaarasan Terdiri Daripada Komponen Berikut:
- Rancang kajian anda: Kenal pasti apakah yang ingin dibuat penandaarasan dan pilih pasukan anda (jika perlu).
- Kaji dan dokumen amalan anda sendiri, masalah dan ukuran kejayaan.
- Kenal pasti amalan terbaik dan jalinkan rakan kongsi penandaarasan anda.
- Bangunkan soal selidik dan proses kajian dan dokumen amalan terbaik rakan kongsi anda.
- Analisis maklumat: jurang antara anda dan rakan kongsi anda, pengupaya, idea terbaik untuk ditimbulkan daripada kajian.
- Membangunkan cadangan bagi menyesuaikan pembelajaran dengan sekolah anda dan sampaikan dapatan anda secara meluas.
- Melaksanakan cadangan dan memantau kemajuan
(Sue Tucker, 1996)